KUCHING 4 Julai — Seramai 194 individu dianugerahkan pingat peringatan semasa Majlis Penganugerahan Pingat Peringatan Jubli Intan bersempena dengan 60 Tahun Sarawak Merdeka yang disampaikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Datuk Amar Mohd Zuki Ali mendahului senarai penerima Pingat Peringatan Jubli Intan (Emas) bersempena 60 Tahun Sarawak Merdeka dalam majlis penganugerahan yang diadakan di Dewan Santapan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak di sini, hari ini.
Turut menerima pingat itu ialah Timbalan Menteri Digital Malaysia Datuk Wilson Ugak Kumbong, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr. Haji Juanda Jaya, Bekas Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak Datu Chin Jiew Bui dan penerima pinggat emas kejohanan Paralimpik Bonnie Bunyau Gustin.
Sementara itu, 188 individu dianugerahkan Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Perak), antara yang menerima ialah
isteri kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan iaitu Dato Hajah Dayang Morliah Datuk Haji Awang Daud, Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan Datuk Amar Haji Mohammad Ali Mahmud, Peguam Besar Sarawak Datu Saferi Ali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee, Mufti Negeri Sarawak Datu Haji Kipli Haji Yassin, Dato Mejar Jeneral Hassan Embong dan Dato CP Mancha ak. Ata.
Antara penerima lain ialah, Dato Sri Haji Mohd. Naroden Majais, Dato Sri Doris Sophia Brodie, Dato Sri Gramong Juna, Dato Sri Haji Abdul Wahab Haji Dolah, Dato Sri Haji Mohamed Khalid Yusuf, Datuk Peter Nyarok ak. Entrie, Datuk Dr. Soon Choon Teck, Datuk Haji Abdul Wahab Aziz, Datuk Peter Nansian Ngusie, Datuk David Teng Lung Chi dan Datuk Dr. Abang Haji Abdul Rauf Abang Haji Zen.
Penganugerahan Pingat Peringatan Jubli Intan tersebut adalah bagi menghargai jasa dan sumbangan yang telah disumbangkan dalam memastikan Sarawak terus maju ke hadapan.
Turut hadir, ister Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki dan dif-dif kenamaan yang lain.